Tabung Masjid Kena Pecah? Kenapa?

 


Setiap kali kita dengar/baca/nampak tentang tabung masjid kena pecah, dicuri....kita pernah fikir tak kenapa? Pencuri tu bawah kawalan dadah ke? dia terdesak sangat sampai kena mencuri...mencuri dekat masjid pulak tu? atau memang dekat situ dia tahu kompom ada duit. lepas kita dah tahu tu apa kita buat? ada kita pergi jumpa ajk masjid bgtau cadangan penambah baikan, mungkin gerak kerja baru atau benda-benda lain? 



Sedih lah asyik baca tentang orang curi duit tabung masjid ni...tapi ada satu lagi jenis kecurian yang boleh berlaku..kecurian dari segi amanah. yakni gagal untuk mengusahakan duit sedekah kepada masjid tu untuk ahli karyah kampung. saya pernah ke satu masjid, terpampang di laporan duit masjid ialah lebih dari setengah juta. setengah juta tuan puan. Saya belum pergi tanya orang masjid tersebut, tapi kalau duit tu hanya ada di savings account masjid, atau tabung haji... mungkin lebih utama jika tabung masjid tu dijadikan biasiswa, bantuan modal perniagaaan dan lain-lain.

Kami di Sujood berusaha untuk ke arah ini.Kami nak pastikan pengurusan masjid dan surau di Malaysia ni 100% tulus dan bersih kerana kami nampak potensi masjid TER-AMAT BESAR!
Kami pohon bantuan semua pembaca dan penderma untuk objektif kami ini berjaya dan semoga kita semua di bawah rahmat Allah s.w.t.

Comments

Popular posts from this blog

Sujood Aplikasi Derma Masjid